Sunday, January 16, 2011

Punca Penyakit Kronik

PUNCA  PENYAKIT  KRONIK

Berat badan yang berlebihan dan obesiti merupakan salah satu faktor  yang menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit kronik tidak berjangkit saperti penyakit jantung koronari, diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang, artritis  dan penyakit kanser.

Adalah amat penting bagi semua pihak untok mengambil langkah-langkah pencegahan, mengamalkan cara  hidup sihat dan mengambil permakanan yang sihat serta seimbang disamping menjalankan aktiviti fizikal secara tetap demi kesejahteraan dan kehidupan yang berkualiti.



Bagi yang mengamalkan program pengurusan berat badan pasti ia selamat dan di iktiraf.  Dua kunci utama kejayaan  program ini ialah pengawalan pengambilan permakanan dan melakukan  kegiatan fizikal tetap secara berterusan.  Tanpa kedua-dua faktor ini, program ini tidak akan  berkesan dan berjaya.


Oleh itu, kita janganlah mudah terpedaya dengan iklan dan promo mengenai kaedah-kaedah pengurangan
berat badan yang menjanjikan pengurangan berat badan dalam masa yang singkat dengan menggunakan ubat atau kaedah yang tidak di ketahui kesahihannya dan boleh memudaratkan dan mempunyai  risiko dan  menjejaskan kesihatan.

                                                                                                                                    

Saturday, March 27, 2010

Wajah yang cantik bermula dari dalam

Click here to get 1 Million Guaranteed Real Visitors, FREE!


KULIT YANG TEGUH DAN TAHAN::::
[berpunca dari makanan yang anda makan]....Search Amazon.com for vitamins and supplements

Keperluan pemakanan yang pertama ialah protein yang cukup. Jika kekurangan protein ia boleh mengakibatkan keadaan kulit yang tidak bermaya, otot juga akan menjadi lemah. Kulit yang kasar dan kesat adalah disebabkan oleh kekurangan lemak yang membekalkan asid lemak yang perlu. Karbohidrat kompleks yang tidak mencukupi bolehmengakibatkan pelbagai gangguan kulit.

Vitamin kulit yang utama ialah vitamin A, kekurangannya dikaitkan dengan benjol-benjol kecil, rupa dan gaya menjadi kering dan kesat. Untuk mencukupinya anda hendaklah mengambil 4 sajian atau lebih yang terdiri daripada buah dan sayur setiap hari.

Vitamin E (vitamin larut lemak) melindungi kulit daripada mejadi cepat tua kerana ia melindungi sel-sel kulit dari dimusnahkan oleh oksigen. Vitamin ini boleh menghalang pembentukan tompok-tompok coklat yang sering kelihatan pada kulit orang tua.  Sumber vitamin E yang baik ialah : bijirin penuh, minyak sayur dan sayuran hijau.

Kekurangan vitamin B2 (niasin) boleh menyebabkan sudut bibir pecah dan menyebabkan kulit berminyak dan berdebu. ia boleh menimbulkan tompok-tompok pada kulit, kadang-kadang  menyebabkan dermatitis.
Kekurangan vitamin B6 (asid folik) boleh menyebabkan kulit berminyak berlebihan dan kulit pecah-pecah.Kekurangan  B12 membuat kulit pucat tak bermaya kerana anemia. Disamping itu B6 dan B12 adalah penting dalam pengeluaran sel-sel kulit baru.  Sumber terbaik bagi keseluruhan vitamin B Kompleks ialah bijirin penuh dan hati serta daging tanpa lemak, telur dan sayuran daun hijau.

Vitamin C diperlukan untuk menyatukan sel-sel tubuh bersama iaitu pembentukan kolagen.  Kolagen yang lemah boleh menyebabkan kulit berbintik, kulit hilang warna yang mudah lebam apabila terhantuk. Sumber vitamin C yang kaya termasuk buah sitrus, tembikai, beri, kentang dan tomato.

Zink ialah mineral yang sangat penting, jika kekurangannya boleh menyebabkan kulit kering dan kasar dan lambat sembuh bila luka atau melecur. Ia membantu dalam pembentukan kolagen yang diperlukan untuk penggunaan vitamin A. Sumber zink yang baik ialah makanan laut (terutama tiram) daging tanpa lemak dan bijian penuh.

Zat besi dan kuprum juga penting untuk kulit muka yang baik memandangkan kedua-duanya terlibat dalam pembentukan sel darah merah. kekurangnya boleh menyebabkan kulit menjadi pucat dan bertompok-tompok tak sama warna. Sumber zat besi dan kuprum yang baik ialah : Daging, kerangan, bijian penuh dan kacang kering.

Untuk kulit yang sihat dan berseri adalah dengan mengambil 4 sajian buahan dan sayuran dan 4 sajian bijian penuh dalam sehari diiringi dengan sajian kecil daging tanpa lemak, ikan dan barangan tenusu.  Jika sukar untuk mengikuti diet kulit sihat ini, mungkin pemakanan tambahan untuk membekal khasiat-khasiat yang kekurangan adalah langkah yang baik.